Objektif MBFM
Berikut adalah ojektif Majlis Belia Felda Malaysia:
- Menggalakkan dan menguatkan pergerakan persatuan belia di rancangan FELDA di seluruh Malaysia.
- Menjadi badan perunding dan penyelaras untuk menyusun pergerakan belia di rancangan FELDA seluruh Malaysia.
- Mewakili belia FELDA untuk memberikan sokongan kepada kerajaan dan agensi yang diakui sah.
- Menggalakkan persatuan belia di dalam FELDA bertanggungjawab penuh dalam kegiatan sivik dan kehidupan bermasyarakat.
- Menyebarkan penerangan dan maklumat mengenai teknik dan kegiatan persatuan belia.
