
Bentong, 25 April 2025 – Presiden Majlis Belia FELDA Malaysia (MBFM), Sdr Ahmad Faizal Sulaiman bersama Penolong Bendahari Agung, Sdr Saifudin, telah mengadakan lawatan ziarah ke atas Setiausaha Kehormat MBFM Wilayah Mempaga, Sdr Farid, di Bentong, Pahang.
Lawatan turut diteruskan dengan menziarahi bonda kepada Sdri Radziyatun Tulimin, Exco Jawatankuasa Kebajikan dan Tanggungjawab Sosial (JKKT) MBFM Kebangsaan yang juga memegang jawatan Ketua Puteri UMNO Bahagian Bentong.
Ziarah ini merupakan sebahagian daripada usaha MBFM dalam menyantuni ahli-ahli yang berdepan ujian kesihatan dan kekeluargaan, selain memperkukuh semangat perpaduan serta kebersamaan dalam kalangan warga belia FELDA.
MBFM komited untuk terus mendukung kesejahteraan sosial dalam komuniti FELDA melalui pendekatan yang lebih dekat dengan ahli dan keluarga.