
Jengka, 16 April 2025 – Presiden Majlis Belia FELDA Malaysia (MBFM), Sdr. Ahmad Faizal Sulaiman telah mengadakan lawatan ke program AKRF Semi Final 2025 FELDA Wilayah Jengka.
Lawatan ini bertujuan memberikan sokongan moral kepada para peserta serta menyemarakkan lagi semangat kesukanan dalam kalangan warga belia FELDA. Kehadiran beliau turut menunjukkan komitmen MBFM dalam memperkasa pembangunan belia melalui aktiviti sihat dan berdaya saing.
Program AKRF Semi Final ini menjadi medan penting untuk mencungkil bakat dan memupuk nilai perpaduan dalam kalangan belia FELDA Wilayah Jengka.