
Jengka & Raja Alias, 17 April 2025 – Wakil Majlis Belia FELDA Malaysia (MBFM), Sdr. Mohammad Taufik bin Sairi, telah menghadiri Lawatan AKRF Semi Final 2025 di FELDA Wilayah Jengka dan Raja Alias.
Lawatan ini bertujuan untuk memberikan sokongan kepada para peserta, selain meninjau kelancaran perjalanan pertandingan yang melibatkan belia dari kedua-dua wilayah tersebut. Kehadiran wakil MBFM turut menyuntik semangat kepada peserta dan penganjur dalam merealisasikan objektif penganjuran AKRF tahun ini.
Program ini menjadi platform penting dalam mencungkil bakat baru, memperkasa sahsiah belia, serta mempererat hubungan komuniti FELDA melalui aktiviti yang berasaskan semangat kesukanan dan perpaduan.