Karnival Ihya’ Ramadhan FELDA Wilayah Terengganu 2025: Meriahkan Ramadan dengan Semangat Kebersamaan

FELDA Kerteh 3, 22 Mac 2025 – Karnival Ihya’ Ramadhan FELDA Wilayah Terengganu 2025 telah berlangsung dengan penuh semangat dan keberkatan di Masjid Al-Azim, FELDA Kerteh 3. Program yang dianjurkan bertujuan untuk mengimarahkan bulan Ramadan, mengeratkan ukhuwah sesama komuniti, serta menyemai semangat kebersamaan melalui pelbagai aktiviti keagamaan, kebajikan, dan kemasyarakatan.

Turut hadir memeriahkan majlis ialah Timbalan Pengarah Besar Pembangunan Komuniti, Dato’ Mohd Banuri Aris; Presiden Majlis Belia FELDA Malaysia (MBFM), Sdr. Ahmad Faizal Sulaiman; Pengarah Jabatan Pembangunan Komuniti & Generasi FELDA, En. Ahmad Shaarani Azulan; serta Pengurus Besar Yayasan FELDA, Puan Izyani Abdul Rahim.

Pelbagai aktiviti telah diadakan sepanjang program ini, termasuk Majlis Tadarus & Khatam Al-Quran Perdana, Program Ziarah Kasih bagi menyantuni penduduk setempat, sesi tahlil, sumbangan kepada golongan asnaf, serta Majlis Berbuka Puasa bersama komuniti. Selain itu, Futsal Sahur dan Program Santai Sahur turut memeriahkan suasana sepanjang program berlangsung.

Kehadiran para pemimpin dan masyarakat FELDA di program ini menggambarkan semangat perpaduan dan kebersamaan dalam kalangan warga FELDA. Semoga acara ini membawa manfaat dan keberkatan kepada semua yang terlibat.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top