Kembara Ihya Ramadan FELDA Wilayah Trolak: Mengukuhkan Kasih Sayang dan Silaturahim Sesama Warga FELDA

FELDA Trolak, 14 Mac 2025 – Program Kembara Ihya Ramadan FELDA Wilayah Trolak telah dimulakan dengan pengisian yang penuh makna di FELDA Bersia dan FELDA Nenering. Program ini diketuai oleh Pengerusi FELDA, YBhg. Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek, bersama Presiden Majlis Belia FELDA Malaysia (MBFM), Sdr. Ahmad Faizal Sulaiman, yang turut melaksanakan ziarah kasih ke rumah Pengerusi GPW Felda Bersia yang sedang diuji dengan masalah kesihatan.

Program ini diteruskan dengan kunjungan ke beberapa kediaman peneroka FELDA Nenering bagi menyemarakkan lagi suasana Ramadan dan memberi sokongan moral kepada komuniti. Di Masjid Ghufran, FELDA Nenering 1, majlis diserikan dengan penyerahan sumbangan kepada anak-anak yatim, golongan asnaf, pemberian duit raya kepada kanak-kanak, serta sumbangan khas kepada masjid bagi menyokong usaha mengimarahkan masjid dan kesejahteraan komuniti setempat.

Program ini diteruskan dengan tahlil perdana dan doa kesejahteraan, diakhiri dengan majlis berbuka puasa bersama komuniti FELDA.

Semoga program ini menjadi wadah untuk memupuk kasih sayang, keprihatinan, dan mengeratkan silaturahim dalam kalangan warga FELDA.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top