
Terengganu, 28 April 2025 – Wakil Majlis Belia FELDA Malaysia (MBFM), Sdr. Mohammad Taufik bin Sairi, telah mengadakan lawatan ke perlawanan AKRF Peringkat Separuh Akhir FELDA Wilayah Terengganu yang berlangsung di FELDA Mengkawang dan FELDA Kerteh 3.
Lawatan ini bertujuan menyokong penganjuran kejohanan serta memberikan dorongan moral kepada para peserta yang bertanding. Semangat kesukanan, perpaduan, dan kecekalan yang dipamerkan oleh para belia FELDA menjadi lambang kekuatan komuniti dalam memperkasakan potensi generasi muda.
Majlis Belia FELDA Malaysia merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini. Semoga kejohanan ini terus melahirkan bakat-bakat cemerlang dalam kalangan warga FELDA.