Mesyuarat JKKT Bil 2/2025 dan Majlis Berbuka Puasa FELDA Bersama YAB Perdana Menteri

Menara FELDA, 26 Mac 2025 – Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Tertinggi (JKKT) Bil 2/2025 telah diadakan di Menara FELDA, Kuala Lumpur pada jam 4 petang. Mesyuarat ini melibatkan semua ahli Jawatankuasa Kerja Tertinggi (JKKT) dan Pengerusi Wilayah Majlis Belia FELDA Malaysia (MBFM). Mesyuarat tersebut dipengerusikan oleh YBhg. Encik Ahmad Faizal Sulaiman, Presiden MBFM.

Selepas sesi mesyuarat, satu majlis pemberian duit raya dan baju raya diadakan sebagai tanda penghargaan kepada ahli jawatankuasa yang hadir. Sesi bergambar raya juga diadakan di perkarangan Menara FELDA sebagai kenangan manis.

Acara diteruskan dengan majlis berbuka puasa bersama YAB Dato’ Seri Anwar Bin Ibrahim, Perdana Menteri, yang berlangsung di Ballroom Menara FELDA. Selesai berbuka, sesi moreh bersama YBhg. Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek, Pengerusi FELDA, Timbalan Pengarah Besar Pembangunan Komuniti, Dato’ Mohd Banuri Aris, Pengarah Jabatan Pembangunan Komuniti & Generasi FELDA, En. Ahmad Shaarani Azulan, serta Pengurus Besar Yayasan FELDA, Puan Izyani Abdul Rahim, turut diadakan bagi merapatkan silaturahim dan mengeratkan lagi hubungan sesama pemimpin dan ahli komuniti FELDA.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top