MISI PASCA BANJIR: SUKARELAWAN MYSAFE FELDARIAN DIGERAKKAN KE WILAYAH RAJA ALIAS

Negeri Sembilan, 3 Disember 2024– Misi sukarelawan pasca banjir anjuran Majlis Belia FELDA Malaysia (MBFM) diteruskan ke Wilayah Raja Alias dengan kekuatan hampir 50 orang sukarelawan Belia MBFM.

Misi bantuan ini melibatkan kerja-kerja pembersihan kawasan terjejas banjir di Felda Bukit Rokan dan Felda Sungai Kelamah, Negeri Sembilan.

Pasukan sukarelawan diketuai oleh Sdr Tawfek Maslam, Pengerusi MYSAFE MBFM Kebangsaan, yang mengetuai usaha membantu komuniti setempat memulihkan kediaman dan kawasan awam yang terkesan.

Program ini mencerminkan iltizam MBFM dalam menyantuni komuniti FELDA, memperkukuh semangat kesukarelawanan serta memupuk solidariti dalam menghadapi bencana alam.


Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top