
FELDA Wilayah Sahabat, 18 Mac 2025 – Program Ihya Ramadan FELDA Wilayah Sahabat 1446H/2025M telah berlangsung dengan penuh keberkatan di Masjid Nurul Hidayah, Anjung Tedu. Turut hadir memeriahkan majlis ialah Timbalan Pengarah Besar Pembangunan Komuniti, Dato’ Mohd Banuri Aris; Presiden Majlis Belia FELDA Malaysia (MBFM), Sdr. Ahmad Faizal Sulaiman; dan Pengarah Jabatan Pembangunan Komuniti & Generasi FELDA, En. Ahmad Shaarani Azulan.
Acara ini diserikan dengan pelbagai aktiviti, termasuk khatam Al-Quran, solat berjemaah, tazkirah Ramadan, serta penyerahan sumbangan kepada golongan asnaf. Program ini bertujuan untuk mempereratkan hubungan dalam komuniti FELDA dan meningkatkan kesedaran tentang kepentingan berbagi rezeki di bulan Ramadan.
Sebagai penutup, majlis berbuka puasa bersama warga FELDA Sahabat 01 diadakan bagi mengeratkan lagi silaturahim dalam kalangan komuniti.
Majlis Belia FELDA Malaysia (MBFM) mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir dan telah menjayakan program ini, yang diharap dapat memberikan manfaat dan keberkatan kepada semua yang terlibat.