Program Jelajah MYKD MBFM Wilayah Mempaga Tingkatkan Pematuhan dan Keberkesanan Pengurusan Belia FELDA

Bera, Pahang, 23 Februari 2025 – Program Jelajah Maklumat Yang Kena Diberi (MYKD) anjuran Majlis Belia FELDA Malaysia (MBFM) Wilayah Mempaga telah berjaya dilaksanakan pada 22 hingga 23 Februari 2025 di Kompleks Rakan Muda Bera, Pahang. Program ini bertujuan untuk membantu persatuan belia FELDA dalam melengkapkan laporan MYKD sebagai salah satu keperluan pentadbiran.

Hadir pada program ini adalah wakil-wakil Belia dari pelbagai rancangan dalam Wilayah Mempaga, yang terdiri daripada Pengerusi, Setiausaha, dan Bendahari persatuan belia masing-masing. Program ini menjadi platform untuk memperkukuh pengurusan dan pematuhan terhadap peraturan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa.

Presiden MBFM Wilayah Mempaga mengucapkan terima kasih kepada semua fasilitator yang telah membantu dalam menjayakan program ini, yang diharapkan dapat meningkatkan keberkesanan pengurusan pertubuhan belia di seluruh FELDA.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top